Saturday, May 21, 2011

Kejadian tanah runtuh 21 May 2011

Salam..

Mari kita ramai-ramai sedekahkan Al-Fatiha kepada mangsa kejadian..

Lokasi kejadian ialah Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 1 petang semasa 30 penghuni rumah anak yatim tersebut sedang berkumpul untuk meraikan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ke rumah mereka.

Tiga mangsa meninggal dunia, tujuh cedera parah

Mangsa ditemui antara pukul 3 petang hingga 6.20 petang setakat ini.

Keseluruhan seramaii 24 mangsa dikatakan tertimbus.

Mangsa termuda dipercayai murid tahun satu.

Tujuh kanak-kanak berjaya diselamatkan tetapi berada dalam keadaan parah.

Rumah anak yatim berkenaan menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni adalah lelaki.

Operasi menyelamat yang dijalankan oleh Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam.

Masa ketika masa ditemui

Mangsa pertama ditemui pukul 3 petang (cedera parah)

Mangsa kedua: 3.20 petang (cedera parah)

Mangsa ketiga: 3.35 petang (cedera parah)

Mangsa keempat: 3.55 petang (cedera parah)

Mangsa kelima: 4.25 petang (meninggal dunia)

Mangsa keenam: 4.30 petang (cedera parah)

Mangsa ketujuh: 4.35 petang (cedera parah)

Mangsa kelapan: 5.06 petang (meninggal dunia)

Mangsa kesembilan:6.20 petang (cedera parah)

Mangsa kesepuluh: 6.20 petang (meninggal dunia)







Maklumat lanjut klik disini
Untuk melihat lebih gambar boleh klik disini

XmX: Semua maklumat saya ambil dari MyNewsHub

No comments: