Monday, May 2, 2011

Makan Angin Di Ranau ^_^


Salam~ hai~ Nie antara entry basi saya~ lalala...lama dah berlalu kira2 sebulan yang lalu.. tak silap 01/04/11..

Saya dah sekeluarga pergi ke Ranau untuk bersiar-siar. Aisey! macam buat karangan darjah 6 duluuu... hahaha!! Tidak perlu begitu skema la kan...

Actually begini~ abang saudara saya dari selangor datang kat sabah nih, first time tue dia datang sabah. So, my parents bawa la jalan2 kat sini2.. dia datang dengan family, kak syikin & c budak kecik adik Balqis, baru umur 3 tahun,hihihi..

First day dorang sampai sini, kami terus bawa pi Ranau. Tak nak buang masa kan, lagi pun dorang kat sini 3 hari jer. Jalan dalam jam 2 lebih gitu and then sampai kat sana dalam jam 4 lebih. Kami terus cari Homestay, cari punya cari. Akhirnya, kami sewa kat Walai Tokou Homestay. Kira okayh juga stay kat sana, Rm130 semalam, ada 2 bilik dan dapur, setiap bilik ada tandas dalamnya, okayh la cukup2 tuk 2 family kan..hihihi... Malam tu kami pi pekan Ranau, saje je. beli2 sikit barang dapur dan beberapa helai baju mandi yang seksi mexsy..oOpss! untuk budak2 je tau..hihihi..

Esoknya mula la lawatan kami~ mula2 kami pi Mesilau. Wah! ada apa ya di sana?? hahaha..nak tau, Mesilau tu tempat ternak lembu2, macam kat New Zealand gituuu~ permandangan pun cun gilerr! ahakz~!


Lepas tue kami pi Kundasang War Memorial, actually if nak pi Mesilau, kamu conform lalu KWM nih..hihihi.. KWM nih menunjukkan tinggalan orang British waktu dulu2 menjajah kat Sabah nih. Cun abes bergambar kat sini..hehe [kaki bergambar].


Ahh! akhirnya~ kami sampai juga kat Poring~! actually dari pagi kami belum mandi, masih pakai baju semalam~ huahuahua.

Before mandi manda~

After~ segar sudah..hehe
My Dad & My Mum ^_^

Puas mandi manda, kami pi kaki gunung Kinabalu.. banyak aksi terlebih posing~ lalala~:P
Sempat juga pi tengok2 replika..hahaha

Arrr~ ular.. ularr...

Semangat durang tengok2~

Eii..Tapak Sulaiman.. :P

Lepas tue~ balik key-key arr..penat lor.. tapi penat lagi my dad kan, driver~ huhuhu..



XmX: Nak tau. Nie adalah kali ke-2 saya pi Ranau tau. 1st time waktu darjah 6 dulu, itu pun waktu kazen2 dari KL datang Sabah.. Keciankan, nama je orang Sabah, tapi belum habis lagi round Sabah nih..huhuhu :(

No comments: