Wednesday, June 29, 2011

~Contest Blink Blink~

Salam..

hey..kali nie nak join contest ni pula.. nampak chomel blog dorang tau, i loike!!
:face2:


Syarat2 nak join ni mudah seja bhaa..
:face12:
  1. Wajib follow blog Hanan & Ainaa.
  2. Tinggalkan link entry contest di blog Hanan or Ainaa.
  3. Keputusan adalah muktamad dan tarikh tutup 1 Julai.
  4. Tag 1 kawan anda dan tidak diterima ayat "Untuk follower tercinta".
Bila contest mesti ada hadiahkan..kan..:face75:..hadiah antara di bawah ni, so teka la.. =D
  1. Header + Edit blog.
  2. Header + Cursor.
  3. Header + footer yang chomel.
Oppss~ ada hadiah tambahan tau..suke yerr..:face9:

  1. Doodle khas dari Cik Nazihah Anuar.
  2. Owl necklace & vintage rose ring from Hanan.
So, apa lagi? jom la join! emoticon29emoticon29

Saya tag kat kak Safia >.<

Wordless Wednesday #3




Lirik Love Story - Melly Goeslaw feat Irwansyah


Video: Youtube

Bila cinta mendapkan semua harapan
Jalan terjal dan mematikan pasti ku tempuh juga
Bila cinta seribu tahun akan ku tunggu
Walau tubuh tertimbun bukit tanganku menggapaimu

Korus~

Love story let's make it history
Sejarah kesah cinta kita menguasai bumi
Mengalahkan semua yang paling terindah

Love story let's make it history
Biarpun seribu bencana meremukkan tubuh kita
Namun cinta kita tetap akan utuh

Love story

Bila cinta (bila cinta) seribu tahun akan ku tunggu
Walau tubuh tertimbun bukit tanganku menggapaimu (menggapaimu)

Ulang Korus~

Meremukkan tubuh kita namun cinta kita tetap akan utuh
Love story, love story, love story...

Lirik Seribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Bizura & Shila


Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup juga segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri lagi

oh~ oh~

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup juga segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku~~


Video: Youtube

Tuesday, June 28, 2011

Yahoo..! Makan sampai gumuk!

Salam..

Windu lorr..lama tak buat entry kat blog yang tak seberapa ni,sob2x
:face21:

ok2..buang segala perasan sedey tue.. nak tukar pi mood happy pula walaupun ni entry dah basi dah..:1:

penantian yang ku nanti2 kan dah sampai (klik sini) , yahoo..!! my boucer sudah sampai..take the picture dlu jap..:face42:

Actually saya menang Share & Win, bukan Comment & Win..but its okayh la..ana tak kesah pun sal hadiah2 nih..yang penting happy join..

I Said "McD..!! here i comeee..!!"

Gambar tak berkaitan punn..

Nie dia..yummy!:face26:. Big Mac seja..

baru guna Rm10 dari baucer tu..so tinggal rm5 lagi,sob2x..

So, now..! i tunggu 2 lagi hadiah yang saya menang tuk bulan 6 nih..lambat sikit sampai, awal bulan 7 kottt.. :face39:


Thursday, June 23, 2011

Spontaneous Thursday #1

Salam...


More info : Tekan2 kat sini

Kenangan Antara Aku Dan Dia

Salam..

hey.. jom ikot segmen nih~ By Spanar Buruk.. dan di sponser oleh Bro Ahmad & Sy@f
:face42:
Bro Ahmad~ saya nak gelas warna purple ye >.<


Okayh! nak start cerita kenangan indah mira dengan member2 pada zaman naughty2 dulu.
:face51:

Waktu sekolah menengah dulu, saya stay kat asrama maklum lah asrama penuh, wajib stay asrama! Nak pendekkan cerita.. Masa saya form 4, tanduk dah keluar sepenuhnya. Mula lah excape prep petang, panjat pagar sampai skirt terkoyak. oopss! Kes paling hebat kunci diri sendiri dalam loker a.k.a almari baju!! OMG! bukan sorang, bukan dua orang..tapi.. 3 orang dalam 1 loker!
:face4:

Mulanya begini~ petang tu pukul 2pm kami ada latihan sukan kat padang sekolah, pergh~bab2 sukan nih liat sangat badan nak join, so apa lagi. Tutup pintu bilik, duduk depan loker sambil2 makan susu tepung coklat junior (kakak senior yg jaat =P) dan bergosip sakan!
:face38:

Tetiba terdengar bunyi tapak kasut warden..takk..! takk..! takk..! dengar je bunyi kasut begitu kami tahu dah Teacher Burung yang bertugas (sorry~ lupa nama sebenar, ingat gelaran yg dikenakan seja).. So, apa lagi! kelam kabut kami masuk dalam loker. Automatik masuk dalam 1 loker yang sama! yang bestnya..susu tepung pun dibawa sekali masuk..! Sumpah! memang sedap giler susu tepung tu, ratah gitu jer~
:face26:

Kebetulan loker yang kami masuk tu junior punya (kesian harta junior yg menjadi mangsa). Loker dia berlubang pintunya..macam ada 'tingkap' la kiranya. Mangga dia bagi tinggal dalam loker tu pula. So, ntah dari mana idea giler tu datang, terfikir nak kunci diri sendiri dalam loker tu. Sebab warden garang ni suka buat spotcheck buka loker. Takut punya pasal, member saya p-pa (bukan nama sebenar) yang keluarkan tangan nak bagi mangga tu pintu loker dari dalam.
:face61:
Ahh! tak disangka-sangka! pass-pass ja p-pa dapat bagi mangga pintu loker tu, warden tu nampak tangan p-pa keluar dari dalam loker tu. Pergh! apa lagi..kecoh dia terus..! Berpeluh ketakutan sudah kami bertiga dalam tu. Dia pukul2 pintu tue suruh kami keluar "Saya tahu kamu ada di dalam loker ni, bagi kunci dengan saya! cepat!!" <--ayat yang tak dapat dilupakan
:face32:

Dah tropott~ so kami pun serah diri bulat2 kat warden, tapi lebih kurang 10 minit juga kami berkeras tak nak serah diri..then bagi la kunci kat warden dari lubang tu, sempat lagi dia cubit2 tangan yang bagi kunci tu. Buka ja pintu loker tu dia terus cubit pipi kami bertiga! (jeless tengok pipi kami yang chomel la tu).. Dah la warden tu memang kenal kami bertiga~ dia ajar kami subjek BI.. Nasib waktu tu belum ada merit demerit, kalau tak! confirm kena tolak 100%..!
:face36:

Malam tu, kami bertiga kena denda lari 50 round di padang asrama, hasil support kawan2 yang lain, just lari 10 pusingan jer..
:face50:

Wahh~! walaupun kedapatan excape! saya rasa ini bukan la kenangan yang pahit..tetapi kenangan yang cukup indah + rawk juga laa..Sebab belum pernah ada orang escape kunci diri sendiri~ pergh! kira pecah rekod la kami ni!
:11:

*maaf story terlau panjang.. INDAHkan..mesti la panjang2 taip
:face12:

Smart lorr~!

Salam..:face12:

hey! hey! hey! saya happy hari nih~ nak tahu kenapa?
Ehem..ehem.. meh saya story morry!!
:face42:

Dari hari isnin saya tunggu abg posmen depan rumah, hampa betul! Tak da pun yang berhenti depan rumah. Sampai la petang tadi, my dad balik terus bagi sampul pos express..pelik saya, apa abah ni, tak kan nak bagi hadiah dalam sampul pos express pulakk..apa classs~
Bila buka~ tersenyum lebar~~
:face64:
pergh~! rupa2nya saya guna alamat Putatan (rumah lagi satu) bukannya alamat rumah ni, payah juga orang ada dua rumah ni!
:face72:
Alhamdullila.. selamat sampai kat Sabah~ berdasarkan entry saya yang lepas, saya bagi tahu pasal baju T-Shirt kan.. so, sekarang dah ada kat tangan saya!
emoticon29emoticon29emoticon29

Nih la baju tu..lalala~
Tak taw nak pose macam mana..hentam je la~

Oopps! perut saya tidak buncit,ok? effect seja tu~

Bahagian belakang~ (sila abaikan shawl yg tak kemas tu =P)

Apa matcham? buli tahan kan..
:face15:
Sila jangan jelesss..
:10:
Thank you very much Blogger Crew Malaysia
&

Logo dorang.. tokekk??
:face39:

Wednesday, June 22, 2011

Monday, June 20, 2011

..Mencari Chenta..

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...


pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?


guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.


pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.


guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?


pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.


gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...


dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?


guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.


pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.


maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?


pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...


maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......


tamat....


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya

Sentiasalah berdoa semoga kita ditemukan dengan insan yang terbaik yang diciptakan dariNYA untuk kita...

InsyaAllah <3