Wednesday, June 15, 2011

Berperang di Alam Maya

Salam..

Kerajaan Bersiap Sedia Serangan ‘Anonymous’


Kerajaan Bersiap Sedia Serangan Anonymous

KUALA LUMPUR – Kerajaan sentiasa bersedia untuk menerima sebarang ancaman serangan dari kumpulan penggodam laman web.

Ini termasuklah ancaman terbaru yang diterima dari sekumpulan penggodam Internet yang menggelar diri mereka sebagai ‘anonymous’.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, ancaman dari kumpulan penggodam ‘anonymous’ tersebut bukanlah ancaman pertama yang pernah diterima kerajaan.

Beliau berkata, pihaknya pernah diancam begitu beberapa kali sebelum ini.

“Ini bukanlah kali pertama kita mendapat ancaman dari penggodam laman web, kita ada persediaan.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai inisiatif untuk mengekang serangan itu. Kita telah maklumkan pada pihak berkuasa terbabit”, katanya .

Rais ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Sidang Kemuncak Blogger dan Media Sosial Dunia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berkemungkinan kumpulan penggodam tersebut salah faham dengan tindakan kerajaan yang tidak pernah menghalang akses pada mana-mana lama web di negara ini.

Bagaimanapun, Rais menjelaskan kerajaan melalui SKMM bertanggungjawab untuk mengekang mana-mana aktiviti laman web yang menyalahi undang-undang Malaysia.

Sumber media semalam mendedahkan tentang ancaman dari kumpulan penggodam ‘anonymous’ .

Anonymous memberi amaran di laman Youtube untuk melancarkan ‘Operasi Malaysia’ dan menyerang laman web www.malaysia.gov.my pada awal pagi Khamis (esok), sekitar jam 3.30 pagi.

Kumpulan tersebut mendakwa tindakan menyekat dan menapis bahan-bahan dari internet oleh Kerajaan Malaysia, termasuk kepada 10 laman web, sebagai satu perbuatan mencabul hak asasi manusia.

Dalam ucaptamanya, Rais berkata, sidang kemuncak tersebut adalah satu inisiatif yang sangat baik bagi menggabungkan suara intelek generasi muda dari seluruh dunia.

Ini mampu melahirkan dan meningkatkan nilai-nilai tamadun dunia ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, beliau menambah, kerajaan mengalu-alukan percambahan idea dari cetusan pendapat para blogger dan pengendali laman media sosial untuk dikongsi bersama untuk sebuah kehidupan yang lebih baik.

Sidang kemuncak itu yang bermula hari ini bakal menyaksikan kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang akan menyampaikan ucapan khas sidang itu pada majlis penutup esok.

Majlis yang julung-julung kali diadakan itu dihadiri sekitar 400 peserta dari seluruh negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Afrika Selatan, negara-negara Asia Tenggara dan banyak lagi.

Bertemakan ‘Refleksi Revolusi Media Sosial sidang kemuncak itu bakal menyentuh pelbagai agenda seperti cara-cara mengendalikan blog dengan lebih menarik, sudut perundangan, etika media sosial, tanggungjawab memainkan peranan media dan banyak lagi.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Sumber: Mynewshub


TV3 juga ada melaporkan tadi..

Penggodam Sasar Laman Web Kerajaan.

Polis Turut Tangani Ancaman Penggodam.




Bila terlampau cerdik disalah gunakan pula kecerdikan tu..ishk2x, ape kejadahnya hack2x ni..bukan dapat manfaat pon..

2 comments:

NasZ said...

haha..macam2 skrg ni..jangan godam blogspot sudah..

PEREBUTAN ... PART 1

aMiRaH said...

@NasZ: Beralih arah semua ke tumblr.. =P