Tuesday, July 19, 2011

Baucer percuma lagi..!

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...

weiii.. rindu nak update my sweety blog..:face56:. Disebabkan line kat rumah sewa saya ni lidut sangat, so mood nak update blog pon hilang..hukhukhuk...

Apa-apa pon saya nak bagitahu kat hangpa semua yang baucer percuma saya dah sampai...weeiii:face12:


rm90 tu...Trimass MyNewsHub...! Arigato..

Walaupun kat Sabah nih tak de Jusco tapi tak mengapa.. Insya Allah bulan 9 nanti saya akan terbang ke semenanjung malaysia... konvo my luvly sister...:face42: lalalala~

Thursday, July 14, 2011

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..



" Aku mampu berhujah dengan 10 orang berilmu
tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil,
kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu"

-Iman Syafie-

Wednesday, July 6, 2011

Saturday, July 2, 2011

Pisang Oh Pisang~

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Uhuk! Uhuk! nampaknya berhabuk dah blog ni tak kena update2.. tuan blog jadi malas nak update =.='

Okayh2.. bukan nk cerita sal tuan blog yang pemalas ni.. Sekarang nak cerita sal Encik Pisang~
Suka tak makan pisang atau nak lebih bergaya Mr Banana.. Sukaaa...
Bapa saya paling suka makan pisang, if abes je terus pi beli.. Terus anaknya pun suka la juga makan..nyum2 :face15:
Encik Pisang ni banyak tau manfaatnya..


KELETIHAN
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

PENGHADAMAN
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda untuk membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

TEKANAN
Merujuk kepada kajian terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit2 tekanan jiwa, kebanyakkan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi trptophan, iaitu sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan perasaan dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

TEKANAN DARAH TINGGI
Buah tropika unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

ULSER
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

KUASA MINDA
Kajian dibuat terhadap 200 orang pelajar di sebuah sekolah semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat dan makan tengah hari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar2 itu lebih cekap.


So~ bagi siapa2 yang tak minat makan pisang tu.. fikir2kan la~ :face19: